Sejarah Arnott's Biscuits

Pengasas Arnott's William ArnottTin biskuit yang dipmerikan di salah satu muzium di Young, New South Wales

Pada tahun 1847, seorang pendatang Scotland William Arnott membuka kedai roti di Morpeth, New South Wales. Kemudian pada tahun 1865 beliau berpindah ke kedai roti di Hunter Street, Newcastle, New South Wales, menyediakan biskut dan kuih untuk penduduk bandaf dan kapal yang berlabuh di pelabuhan setempat.[8] Sehingga 1975 syarikat berada di bawah kawalan keluarga dengan keturunan William Arnott, termasuk Halse Rogers Arnott dan Geoffrey H. Arnott, yang berkhidmat sebagai Pengerusi. Anak saudaranya, Aaron Arnott memilih untuk tidak terlibat dalam perniagaan keluarga dan tinggal di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Arnott's, yang sama dengan majoriti pengeluar biskuit Australia, beroperasi terutama di negeri asalnya, New South Wales, tetapi memiliki kilang di Virginia, Queensland (hanya menghasilkan biskuit tawar, krim, dan sedap) dan Shepparton, Victoria. Pada tahun 1949, Arnott's bergabung dengan Morrows Pty Ltd, pengeluar biskuit dari Brisbane, membentuk William Arnotts, Morrow Pty Ltd.[9] Pada tahun 1960-an, penggabungan dan pemerolehan di pasaran Australia membawa kepada penubuhan Australian Biscuit Company Pty Ltd. Ini termasuk Arnotts dan syarikat lain seperti Brockhoff Biscuits, Arnott-Motteram dan Menz di Australia Selatan, dan Guest's Biscuits di Victoria, serta Mills and Ware Ltd di Australia Barat. Australian Biscuit Company kemudian bertukar nama kepada Arnott's Biscuits Pty Ltd. Kepelbagaian serantau ini dipertahankan setelah penggabungan, seperti Menz Yo-Yo, Brockhoff Salada dan Guest's Teddy Bears.

Pada tahun 1997, Arnott's Biscuits menjadi sasaran pemerasan oleh warga Queensland Joy Ellen Thomas, berusia 72 tahun,[10] yang disyaki mengancam akan meracuni paket biskut Monte Carlo buatan Arnott's di Australia Selatan dan Victoria. Syarikat iu melakukan penarikan besar-besaran dan kempen publisiti, menerbitkan ancaman dan tuntutan pemeras itu dalam iklan akhbar satu halaman penuh.[11] Namun, Thomas tidak didakwa dengan pelanggaran apapun kerana pendakwa raya membatalkan kesnya kerana bukti yang bertentangan.[12] Penarikan kembali itu menyebabkan syarikat kerugian sebamyak A$22 juta, tetapi Arnott's dipuji kerana keterbukaan dan kejujurannya dalam menghadapi krisis.[13]

Iklan Arnott's tahun 1932

Pada tahun 1997, Campbell Soup Company dari Amerika Utara, pemegang saham Arnott's sejak 1980-an, memperoleh Arnott's secara menyeluruh. Maka, pada tahun 1997, Arnott's Biscuits Ltd menjadi anak syarikat milik penuh Campbell Soup Company. Hal ini menyebabkan sebahagian besar kontroversi di Australia, berdasarkan keinginan agar ikon Australia tersebut tetap berada di tangan Australia, dan bimbang kerana Campbell akan mengAmerikakan produknya.

Pengeluaran biskut Arnott's, bagaimanapun, akan tetap berjalan di Australia, dan sebagai sebahagian dari rancangan pengembamgan jangka panjang, Arnott's menutup kilangnya di Melbourne pada September 2002. Pada masa yang sama, syarikat ini memperluaskan kemudahannya di Sydney, Adelaide dan Brisbane.[14]

Pada tahun 2002, Arnott's memperoleh Snack Foods Limited.[15] Pada April 2008, Campbell Arnott's menjual Arnott's Snackfoods ke The Real McCoy Snackfood Co. dan syarikat itu kini dikenali sebagai Snack Brands Australia.

Pada Julai 2019, Campbell Soup Company bersetuju untuk menjual Arnott's ke KKR bernilai AS$ 2,2 bilion.[16][1] Hanya beberapa minggu setelah penjualan, Arnott's terlibat dalam pertikaian awam dengan Woolworths Supermarkets, yang dilaporkan ingin mengenakan harga yang lebih tinggi untuk nilai pasaran. Sumber mengatakan pertikaian telah bermula pada Mei sebelum kesepakatan tercapai untuk penjualan Arnott's ke KKR.[6]

Rujukan

WikiPedia: Arnott's Biscuits http://www.arnotts.com.au/ http://www.arnotts.com.au/corporateprofile.aspx http://www.ausfoodnews.com.au/2009/04/24/arnotts-i... http://www.smh.com.au/articles/2002/04/26/10194412... http://www.theage.com.au/articles/2002/08/02/10281... http://www.daff.gov.au/__data/assets/pdf_file/0007... http://nla.gov.au/nla.news-article49700955 http://www.abc.net.au/7.30/content/2005/s1406752.h... http://www.abc.net.au/businessbreakfast/content/20... http://www.abc.net.au/pm/stories/s111445.htm